Budak maut nahas MPV, treler

Seorang kanak- kanak lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dengan treler di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran menghala ke Kuantan. Foto BBP MARAN
Seorang kanak- kanak lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dengan treler di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran menghala ke Kuantan. Foto BBP MARAN
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut manakala lima ahli keluarganya parah dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dengan lori treler di Kilometer (KM)164.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi, mangsa, Muhammad Al Amin Mohd Adli, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Murid di Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong, Selangor, beralamat di Taman Saujana Puchong, Selangor, ketika itu sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, berkata, siasatan awal mendapati MPV dinaiki sebuah keluarga dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

"Sebaik tiba dilokasi kejadian, MPV dinaiki sekeluarga itu merempuh bahagian belakang lori treler berhenti di lorong kecemasan kerana tayar belakangnya mengalami kerosakan.

“Siasatan awal mendapati lori treler tersebut telah berhenti di lorong kecemasan dengan kon amaran diletakkan di bahagian belakang sebagai langkah keselamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, Muhammad Al Amin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima ahli keluarganya yang parah telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS) untuk rawatan lanjut.

"Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke HOSAS untuk bedah siasat," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!