Tunggu lampam, dapat peacock bass di Empangan Kelau

Ikan PB yang berjaya dinaikkan di Empangan Kelau, Raub pada Ahad. Foto TikTok Abdul Hadi
Ikan PB yang berjaya dinaikkan di Empangan Kelau, Raub pada Ahad. Foto TikTok Abdul Hadi
A
A
A

RAUB - Lampam yang ditunggu-tunggu, ikan peacock bass (PB) menjadi hasil tangkapan di Empangan Kelau di sini pada Ahad.

Ikan berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan itu dilabelkan sebagai spesies asing berbahaya dan mampu mengancam ekosistem hidupan air di negara ini.

Pengalaman itu dikongsi seorang kaki pancing, Abdul Hadi Mohd Tarmizi, 42, yang mengakui terkejut dengan hasil tangkapan tersebut.


Hasil tangkapan ikan PB yang mengejutkan kaki pancing di Empangan Kelau, Raub. Foto TikTok Abdul Hadi
Hasil tangkapan ikan PB yang mengejutkan kaki pancing di Empangan Kelau, Raub. Foto TikTok Abdul Hadi

"Ia pengalaman kali pertama dapat ikan PB selepas beberapa tahun memancing di empangan ini.

"Saya pernah dengar cerita ikan PB ini dilepaskan di sini (empangan) empat tahun lepas oleh kaki pancing juga dan pernah menggigit jari orang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, hasil tangkapan itu turut dimuat naik di platform TikTok miliknya dan mendapat perhatian netizen yang gusar dengan nasib spesies ikan tempatan.

Artikel Berkaitan:


Ikan PB yang berjaya ditangkap kali pertama di empangan terbabit. Foto TikTok Abdul Hadi
Ikan PB yang berjaya ditangkap kali pertama di empangan terbabit. Foto TikTok Abdul Hadi

Ujarnya, sifat pemangsa PB itu dapat dilihat ketika disiang terdapat empat anak lampam dalam perut ikan terbabit.

"Ikan PB yang dapat ditangkap pada hari tersebut boleh mencecah lebih sekilogram dan pada mulanya ingatkan toman kalau ikutkan gaya rentapannya.

"Dah jumpa macam ini memang risau kerana spesies tempatan boleh musnah jika dibiarkan membiak di sini," tambahnya.

Ikan PB yang berjaya ditangkap di Empangan Kelau,Raub pada Ahad. Foto TikTok Abdul Hadi
Ikan PB yang berjaya ditangkap di Empangan Kelau,Raub pada Ahad. Foto TikTok Abdul Hadi

Jelas Abdul Hadi, ikan PB itu kemudiannya diserahkan kepada rakannya dan difahamkan boleh disediakan bagi masakan tiga rasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!