Covid-19: Jumlah kematian di China cecah 2,118

Pihak berkuasa mendaftarkan sebanyak 394 kes baharu dan 114 kematian termasuk 108 orang di wilayah Hubei. -Foto AFP
Pihak berkuasa mendaftarkan sebanyak 394 kes baharu dan 114 kematian termasuk 108 orang di wilayah Hubei. -Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Jumlah orang yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di seluruh tanah besar China mencecah 74,576, dengan 2,118 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Khamis.

"Suruhanjaya itu menerima maklumat mengenai 74,576 kes disahkan dari 31 wilayah (rantau dan majlis perbandaran) termasuk 56,303 pesakit, 11,864 dalam keadaan kritikal, 2,118 meninggal dunia dan 16,155 dibenarkan keluar hospital," kata suruhanjaya dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, pihak berkuasa mendaftarkan sebanyak 394 kes baharu dan 114 kematian termasuk 108 orang di wilayah Hubei.

Dalam tempoh sama, 1,277 kes baharu disyaki direkodkan manakala lebih 126,000 orang yang berhubung dengan pesakit berada di bawah pemantauan perubatan.

Jumlah kes yang disahkan di Hong Kong pula 65 dengan dua pesakit meninggal dunia dan lima lagi dibenarkan keluar hospital. Di Macau, 10 orang yang dijangkiti, enam tidak lagi berada di bawah pemantauan perubatan. Sementara di Taiwan jumlah yang dijangkiti mencecah 24 orang dengan satu kematian dan dua lagi disahkan pulih.

Covid-19 mula dikesan di bandar Wuhan di wilayah Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 negara. Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global. - Bernama

Artikel Berkaitan: