Bapa tiri didakwa cabul anak perempuan

Tertuduh berusia 48 tahun ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
Tertuduh berusia 48 tahun ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya berusia 16 tahun.

Tertuduh berusia 48 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan itu di sebuah rumah bernombor Taman Krubong Jaya Fasa 2, di sini, kira-kira jam 12.30 pada 2 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan memohon tarikh baharu untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Tertuduh tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah kerana perlu menanggung dua anak tiri iaitu mangsa masih bersekolah dan 10 tahun serta bayi angkat berusia enam bulan.

Ujarnya, dengan pendapatan sebagai pembantu kedai dia juga perlu menyara ibu mentua menghidap sakit usus termasuk membawa wanita itu mendapatkan rawatan di hospital pada setiap minggu.

Kemudian mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menghadiri setiap sebutan serta perbicaraan sehingga kes selesai selain menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!