Perlu lebih berhati-hati dengan bangsa Yahudi

BUAT pertama kali dalam tempoh 15 bulan selepas dihimpit kekejaman demi kekejaman oleh tentera Zionis di tanah air sendiri, rakyat Palestin yang masih hidup boleh menarik nafas lega selain tidur dalam keadaan tanpa rasa takut akan hujan bom atau bedilan peluru.
Ini kerana pelaksanaan perjanjian gencatan senjata akhirnya dapat dilaksanakan pada pukul 11.30 pagi Ahad walaupun terlewat selama tiga jam.
Menurut laporan media tempatan, orang ramai mula meraikan kegembiraan dan menyambut kedamaian tersebut yang sudah lama dinanti-nantikan.
Mereka beramai-ramai keluar dari tapak-tapak khemah untuk kembali ke kediaman masing-masing walaupun sudah mengetahui hanya sisa runtuhan yang ditemui.
Dilaporkan lebih 46,000 rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban akibat peperangan sejak 7 Oktober 2023 itu selain ratusan ribu yang lain tercedera.
Persoalan yang timbul, apakah perjanjian gencatan senjata ini boleh dipegang dan dipercayai? Sebelum berlaku gencatan senjata, rejim Zionis terus membedil dan membunuh warga Palestin, maka apakah mereka tidak akan melakukan khianat seperti mana sering dilakukan?
Menyentuh mengenai bangsa Yahudi, mereka mempunyai karakter tersendiri yang berbeza daripada bangsa lain dan secara umumnya puak ini banyak dibayangi dengan sifat negatif serta buruk yang melekat pada mereka.
Sifat negatif ini cukup banyak dapat dilihat pada diri mereka seiring dengan apa yang disebut ALLAH SWT dalam 48 potongan ayat al-Quran yang memperincikan mereka terkenal sebagai golongan yang banyak berdusta, keras kepala dan penipu.
Malah mereka sanggup mengubah ayat-ayat ALLAH SWT yang diturunkan kepada mereka semata-mata untuk mengikut hawa nafsu mereka selain sifat suka mencela, dengki dan bakhil yang sudah sebati dengan diri serta jiwa mereka.
Antara lain juga mereka masyhur dengan bangsa yang sombong dan tidak mahu tunduk kepada orang lain, bahkan nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka juga diingkari dan dibunuh.
Melihat kepada sifat dan sikap mereka buat sekalian kalinya, rakyat Palestin dan umat Islam perlu lebih berhati-hati akan tindakan mereka selepas ini, apatah lagi di belakang mereka ada sekutu kuat iaitu Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden Donald Trump.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
