Israel berhak sambung perang di Gaza jika perlu dengan sokongan AS - Netanyahu

Netanyahu
Netanyahu
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel berhak untuk meneruskan perang di Gaza, Palestin jika perlu dengan sokongan daripada Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Al-Jazeera, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa pihaknya juga bersedia meneruskan perang terhadap Hamas jika rundingan fasa kedua gencatan senjata gagal.

Menurutnya, gencatan senjata yang bermula Ahad hanya bersifat sementara.

"Israel sudah mendapat ‘lampu hijau’ dan sokongan daripada Presiden AS dipilih, Donald Trump untuk berbuat demikian.

"Kami mengubah wajah Timur Tengah. Hamas sekarang benar-benar sendirian,” katanya dalam satu temu bual pada malam Sabtu.

Pada Rabu, Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan perunding mencapai kata sepakat untuk mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Sejak 2008 hingga 2021, terdapat empat gencatan senjata di Gaza namun dua daripadanya berakhir dengan ia dicabuli.

Pada Jun 2008, satu gencatan senjata sementara dimeterai antara Israel dan Hamas bertujuan menghentikan serangan roket dari Gaza serta serangan udara oleh Israel.

Bagaimanapun, gencatan senjata berakhir pada Disember 2008, apabila kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian.

Artikel Berkaitan:

Gencatan senjata Perang Gaza 2014 juga tidak bertahan lama kerana ketegangan dan provokasi berterusan daripada kedua-dua belah pihak.

Pada 30 November lalu, Israel sekali lagi melanggar perjanjian, kali ini di Lubnan apabila melancarkan serangan ke atas Hizbullah, tiga hari selepas gencatan senjata dicapai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!