[VIDEO] 'Sado itu bonus, yang penting bomba perlu fit'

A
A
A

SEREMBAN - Setiap kali tibanya sambutan Hari Kebangsaan, perarakan 'abang sado' daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara yang dinanti-nanti ramai.

Namun, mereka bukanlah mahu menayang badan semata-semata, sebaliknya mahu memberi gambaran kepada masyarakat yang skop kerja jabatan itu adalah berat.

Geng bomba sado dari JBPM Negeri Sembilan.
Geng bomba sado dari JBPM Negeri Sembilan.

Pegawai Bomba Kanan 1, Amir Abu Kasim, 50 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban berkata, di JBPM Negeri Sembilan, pentingnya untuk setiap anggota memiliki fizikal yang mantap untuk melakukan tugasan menyelamat.

Menurutnya, di JBPM Negeri Sembilan, terdapat sembilan anggota bomba dikategori sebagai sado dan biasanya akan dipilih menyertai perarakan Hari Kebangsaan.

Amir menjadikan aktiviti ke gim sebagai rutinnya untuk memastikan diri sentiasa cergas.
Amir menjadikan aktiviti ke gim sebagai rutinnya untuk memastikan diri sentiasa cergas.

"Sado itu sebenarnya bonus. Yang penting adalah 'fit' kerana kalau tak fit macam mana nak selamatkan orang.

"Nak sentiasa kekal cergas pun perlu jalani gaya hidup sihat dan ia sangat penting untuk kerja kami yang banyak menggunakan kekuatan fizikal," katanya yang sudah berkhidmat selama 25 tahun.

Artikel Berkaitan:

Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Muhammad Hafizuddin Mohd Aznan, 25, pula berkata, peralatan berat yang digunakan untuk tugasan menyelamat memerlukan setiap anggota memiliki stamina yang tinggi.


Muhammad Hafizuddin
Muhammad Hafizuddin

Katanya, ia bagi membolehkan peralatan itu dapat dikendalikan dengan mudah.

"Kita nak beritahu orang awam yang kerja bomba ini memerlukan fizikal yang mantap untuk kita melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan bukannya nak tayang badan semata-semata.

"Dalam jadual kerja kami setiap hari pun diselitkan tempoh dua jam setengah untuk melakukan aktiviti sukan supaya kami kekal cergas,"katanya.

Ceritanya lagi, dia memilih bermain gym kerana minatnya sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Anggota bomba dikategori sado membuat latihan membina otot di gim.
Anggota bomba dikategori sado membuat latihan membina otot di gim.

"Kali pertama terpilih menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada tahun 2022, tapi sejak itu rasa segan pula kerana takut lama-lama orang bosan.

"Tapi saya bangga kerana membawa imej jabatan dan mesej utama yang mahu diberikan ialah pentingnya anggota keselamatan untuk sentiasa 'fit'," katanya.

Sementara itu, PB, Muhammad Adi Rohaizat Zainal, 25 pula berkata, sebelum bertugas sebagai anggota bomba lagi dia sudah berjinak-jinak bermain gim.


Anggota bomba dikategori sado membuat latihan membina otot di gim.
Anggota bomba dikategori sado membuat latihan membina otot di gim.

"Saya ikut kawan main gim pada usia 16 tahun lagi dan pada usia 18 tahun saya dah masuk pertandingan badan cantik.

"Ketika berusia 19 tahun saya mula berkhidmat sebagai anggota bomba dan dengan bidang tugas yang memerlukan kecergasan fizikal seperti ini ia betul-betul sesuai dengan diri saya," katanya.

Tambahnya, melihat kepada skop kerja, penting untuk setiap anggota penyelamat memiliki kekuatan fizikal dan stamina tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!