Terpedaya kerja komisen tinggi, guru tadika rugi lebih RM32,000

Seorang guru tadika rugi RM30,759.08 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud. (Gambar kecil: Raub) Gambar hiasan
Seorang guru tadika rugi RM30,759.08 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud. (Gambar kecil: Raub) Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang guru tadika 'menggigit jari' apabila wang simpanannya berjumlah RM30,759.08 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mangsa mula tertarik dengan iklan kerja sambilan yang diiklankan di media sosial Facebook pada 15 Januari 2024 yang menawarkan komisen tinggi dengan tugas mudah.

Katanya, mangsa yang berminat dengan pekerjaan tersebut telah menekan pautan link yang disediakan sebelum disambungkan ke satu nombor.

“Setelah menekan pautan, mangsa diminta membuat bayaran dan dijanjikan akan mendapat pulangan semula dan deposit akan dikembalikan bersama komisen.

“Antara 15 hingga 16 Januari 2015, mangsa telah melakukan 11 transaksi pembayaran berjumlah RM32,039.87 kepada tiga akaun bank tempatan berbeza.

“Mangsa telah menerima komisen sebanyak RM1,280, namun mangsa masih diminta untuk membuat pembayaran tambahan,” katanya.

Raub berkata, mangsa akhirnya sedar dirinya telah menjadi mangsa penipuan setelah gagal mengeluarkan keuntungan, tetapi masih diminta pula untuk membuat bayaran tambahan.

Tambahnya, mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Setia Indah, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!