Muip peruntuk RM3 juta bantuan persekolahan keluarga asnaf

Dr Asmadi (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada wakil keluarga pemerima sebagai gimik Pelancaran Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 pada Sabtu.
Dr Asmadi (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada wakil keluarga pemerima sebagai gimik Pelancaran Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan RM3 juta untuk Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 bagi membantu keluarga golongan asnaf dan fakir miskin yang layak di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Muip ( Baitulmal dan Operasi), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sebanyak 20,000 keluarga asnaf berdaftar dan berada dalam senarai penerima bantuan zakat di negeri ini yang layak menerima manfaat bantuan tersebut.

Menurutnya, jumlah peruntukkan yang disediakan tahun ini meningkat 100 peratus berbanding RM1.5 juta tahun lalu mengambil kira peningkatan bilangan golongan itu.

"Melalui inisiatif ini, setiap anak golongan asnaf yang belajar di sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bernilai RM200 dan RM150 bagi prasekolah.

"Nilai bantuan itu dikreditkan melalui kad pengenalan ketua isi rumah dan boleh ditebus di Pasaraya Sakan di seluruh daerah untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka termasuk pakaian dan peralatan sekolah," katanya.

Dr Asmadi (dua dari kiri) menyampaikan bantuan keperluan persekolahan kepada anak salah satu keluarga asnaf terpilih sempena Majlis Pelancaran Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 di sini pada Sabtu.
Dr Asmadi (dua dari kiri) menyampaikan bantuan keperluan persekolahan kepada anak salah satu keluarga asnaf terpilih sempena Majlis Pelancaran Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Agihan Zakat Bantuan Persekolahan 2025 di sinibpada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Mohd Azmi Othman.

Dr Asmadi berkata, bagi mendapatkan bantuan itu, ketua isi rumah keluarga asnaf terpilih boleh mendaftar dengan mengisi data bilangan anak bersekolah secara dalam talian

melalui laman web yang telah diwar-warkan melalui SMS kepada semua penerima.

"Pendaftaran dibuka sehingga 15 Februari manakala proses penebusan boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 31 Mac depan.

"Bagi yang sudah berdaftar, mereka boleh terus tebus atau boleh tunggu sehingga menerima keputusan tawaran sekolah yang mungkin berkeperluan kepada seragam berbeza untuk berbuat demikian.

"Sempena pelancaran hari ini, seramai 20 keluarga asnaf di sekitar Kuantan dan Pekan telah menebus keperluan persekolahan anak-anak mereka," katanya.

Dr Asmadi berkata,bagi yang gagal mendaftar secara dalam talian boleh berbuat demikian di Pejabat Agama Islam Daerah.

Menurutnya, pemilihan keluarga asnaf yang dalam senarai sedia ada untuk bantuan ini lebih mudah berdasarkan pengalaman lepas.

"Dahulu kita tidak buat begini jadi ada yang tidak layak turut memohon untuk mencuba nasib sehingga membebankan pegawai untuk membuat tapisan.

"Bila kita sudah tentukan mereka yang layak berdasarkan rekod sedia ada, ia lebih mudah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!