'Tangan Yang Melihat' hapus jurang sosial terhadap OKU - KPSK

Turut diadakan permainan Pengembaraan Si Buta dari Gua Hantu, sebuah permainan interaktif yang membolehkan peserta mengalami keupayaan mobiliti OKU penglihatan.
Turut diadakan permainan Pengembaraan Si Buta dari Gua Hantu, sebuah permainan interaktif yang membolehkan peserta mengalami keupayaan mobiliti OKU penglihatan.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Pengajian Seni Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana di sini melaksanakan program 'Tangan Yang Melihat' bagi menyahut falsafah pelan strategik UiTM 2025.

Koordinator Bidang Program Pengurusan Industri Kreatif, Dr Hazlin Anita Zainal Abidin memaklumkan, orang kelainan upaya (OKU) merupakan komuniti marginal menjadi salah satu daripada entiti dalam masyarakat dan tanpa disedari, kelainan ketara antara komuniti ini dengan manusia normal menyebabkan terbentuk jurang dalam kehidupan seharian mereka.

Justeru, katanya, keberadaan komuniti ini menuntut lebih keprihatinan dan kebijaksanaan daripada masyarakat dalam berinteraksi dengan mereka.

"Secara tidak langsung, pemilihan tema ini selaras dengan objektif untuk menghapuskan jurang yang terbentuk," ujarnya pada program 'Tangan Yang Melihat' diadakan di Kampus Puncak Perdana di sini pada Sabtu.

Selain itu, Pameran Gema Cahaya juga diadakan sempena program tiga hari itu dengan kerjasama Malaysian Association for The Blind menawarkan program seperti pendidikan, latihan dan pemulihan.

Program ini bertujuan untuk mengenali perspektif orang buta dan mempamerkan tokoh OKU penglihatan di Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Kenchana Wati Md Yusof pula menambah, idea pengisian program itu juga membolehkan pelajar lebih prihatin dengan nasib menimpa golongan minoriti ini dan lebih serius dalam memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Program Tangan Yang Melihat merupakan medium perkongsian tentang meningkatkan kesedaran amor fati atau reda dalam menghadapi kebahagiaan atau musibah.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa sama, turut diadakan permainan Pengembaraan Si Buta dari Gua Hantu, sebuah permainan interaktif yang membolehkan peserta mengalami keupayaan mobiliti OKU penglihatan," ujarnya.

Beliau menambah, penganjur turut berharap agar acara-acara seperti Bi-Cara, pameran dan permainan diadakan dalam program ini dapat diteruskan bagi memastikan kemenjadian pelajar bukan sahaja dari sudut teori tetapi secara lebih holistik.

Dalam pada itu, KPSK akan terus berusaha untuk mewujudkan graduan seimbang dan kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa, serta mengembangkan jaringan strategik dengan alumni dan industri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!