PPS terakhir ditutup, banjir di Perak kembali pulih

IPOH - Situasi banjir di beberapa kawasan di daerah Manjung kini pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, pada jam 2 petang Khamis.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan kesemua 31 mangsa daripada sembilan keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah lokasi bencana disahkan selamat.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta individu dan NGO yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang ia beroperasi," menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!