Jumpa Dr Mahathir bincang pembangunan Johor: MB

Dr Sahruddin mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi membincangkan tentang pembangunan Johor. - Foto FB Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi membincangkan tentang pembangunan Johor. - Foto FB Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal memaklumkan pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam adalah bagi membincangkan mengenai hal ehwal pembangunan negeri itu termasuk isu berkaitan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau, Dr Sahruddin berkata, antara perkara disentuh dalam perbincangan tersebut adalah berkisar mengenai aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan.

“Saya percaya ketiga-tiga elemen ini memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

"Selain membincangkan tentang pembangunan negeri, isu kesesakan di tambak Johor dan isu Covid-19 turut disentuh. Saya yakin dan percaya setiap apa yang dibincangkan akan diperincikan agar setiap isu yang dibangkitkan dapat kita tangani,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana sudi menerima kunjungan beliau semalam.

Dr Sahruddin mengadakan kunjungan itu selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-136 yang dipengerusikan Perdana Menteri di Putrajaya.

Artikel Berkaitan: