SKMM kenal pasti 7 hospital ditambah baik infrastruktur telekomunikasi

Nie Ching ((tengah) ketika melihat menara telekomunikasi di Bukit Rok sempena lawatan kerja di Bera pada Isnin.
Nie Ching ((tengah) ketika melihat menara telekomunikasi di Bukit Rok sempena lawatan kerja di Bera pada Isnin.
A
A
A

BERA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti tujuh hospital di negara ini untuk penambahbaikan infrastruktur telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, hospital awam antara kawasan menjadi keutamaan kementerian pada tahun ini.

Menurutnya, sesi libat urus telah diadakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengenal pasti hospital terbabit bagi tujuan tersebut.

"Hospital terbabit di Hospital Pulau Pinang; Cyberjaya; Tuanku Nur Zahirah; Alor Gajah; Rembau; Kuala Lumpur dan Tanah Merah.

"Ini antara hospital yang telah disenarai pendek dan kita akan kaji semula untuk tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bera di sini pada Isnin sempena lawatan kerja di daerah itu.

Nie Ching(kanan) menyantuni murid-murid di SK Bukit Rok.
Nie Ching(kanan) menyantuni murid-murid di SK Bukit Rok.

Beliau turut meluangkan masa di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rok dalam lawatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang; Pengarah Kanan Wilayah Timur SKMM, Mohd Fairus Muhammad dan Pegawai Kesihatan Daerah Bera, Dr Sarafidah Anuar.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, SKMM akan bekerjasama dengan KKM dan membantu mencari penyelesaian sesuai di kawasan terlibat sama ada liputan kurang memuaskan atau masalah dalam bangunan.

Tambahnya, SKMM telah menurunkan sebanyak 8,756 kandungan yang berkaitan dengan buli siber atau gangguan pada tahun lepas.

Jelasnya, angka tersebut turut menunjukkan peningkatan yang sangat besar berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 1,763 kandungan.

Nie Ching (tengah) ketika sesi perjumpaan di PKD Bera pada Isnin.
Nie Ching (tengah) ketika sesi perjumpaan di PKD Bera pada Isnin.

"Memang nampak trend ini meningkat kerana sesiapa sahaja senang untuk bawa sesuatu insiden ke internet," ujarnya.

Sementara itu,mengulas lawatan ke Bukit Rok, beliau memberitahu ia susulan aduan daripada Senator Manolan Mohamad yang diajukan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 21 November 2024 berkenaan dengan menara di kampung terbabit yang masih belum beroperasi walaupun telah siap pada awal tahun lepas.

"Saya difahamkan, situasi ini adalah disebabkan oleh kerja penyambungan rangkaian gentian optik dari bandar Bera ke menara di kampung ini yang masih belum selesai dilaksanakan oleh pihak CelcomDigi.

"Justeru, sebagai langkah interim pihak CelcomDigi telah menggunakan teknologi satelit Starlink di peringkat awal pada pertengahan Disember 2024 dan seterusnya telah dinaiktaraf ke gelombang radio supaya dapat memberi kualiti liputan yang lebih baik," jelasnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!