Maqis Perlis tahan bot dari Thailand bawa muatan tidak diisytihar

Maqis turut merampas ikan tamban di pelantar import eksport Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis semalam.
Maqis turut merampas ikan tamban di pelantar import eksport Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis semalam.
A
A
A

KUALA PERLIS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan sebuah bot dari Thailand di pelantar import eksport Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis, semalam.

Pengarah Maqis Perlis, Mohamad Arshad Raffin berkata, penahanan terbabit dilakukan susulan bot tersebut didapati membawa ikan basah jenis tamban dan udang basah yang tidak diisytiharkan.

Katanya, kesemua hasil ikan dan udang tersebut dianggarkan seberat 100 kilogram dengan anggaran nilai RM1,050.

"Pihak kita telah menahan kesemua dagangan tersebut untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Arshad, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, pelaku akan didenda tidak melebihi RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mohamad Arshad berkata, pihak Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan dan sentiasa bersiap sedia terhadap setiap dagangan sama ada perikanan, pertanian dan produk veterinar yang diimport ke dalam negara untuk memastikan setiap dagangan mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan: