Sila log masuk terlebih dahulu.

Seludup 100 ekor kambing dari Thailand

A
A
A
Seludup 100 ekor kambing dari Thailand

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Tindakan seorang pemandu lori menyeludup100 ekor kambing mengundang padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23 mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Norlina Maludin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kemajuan, Bandar Baru di Kuala Terengganu kira-kira jam 8.50 malam pada 27 September tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259657/Pemandu-lori-didenda-RM5,000-seludup-100-ekor-kambing

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah