Joseph Aoun, asal tentera menjadi presiden Lubnan ke-14

BEIRUT - Selepas lebih dari dua tahun mengalami kekosongan politik, Parlimen Lebanon bersepakat memilih Ketua Angkatan Tentera Darat, Joseph Aoun sebagai presiden baharu yang ke -14.
Aoun, 60, berjaya memenangi 99 undi daripada 128 kerusi semasa pusingan kedua pengundian di Parlimen pada Khamis lalu.
Sebelum ini, jawatan presiden Lubnan kekal kosong selama dua tahun sejak Presiden Michel Aoun meletakkan jawatan pada 31 Oktober 2022.
Difahamkan pemilihan Aoun diadakan selepas Lubnan mempergiatkan usaha diplomatik antarabangsa dengan beberapa negara bagi menamatkan kekosongan jawatan presiden di negara itu.
Undian pada Khamis itu dihadiri beberapa diplomat asing termasuk Utusan Khas Perancis, Jean-Yves Le Druan dan Duta Jawatankuasa Quint yang terdiri daripada Mesir, Perancis, Amerika Syarikat, Qatar dan Arab Saudi.

Menurut Perlembagaan Lubnan, presiden mestilah seorang Kristian Maronit, perdana menteri seorang Muslim Sunni dan Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah.
Pemerintahan seorang presiden adalah selama enam tahun dan jawatan itu boleh dipilih semula selama enam tahun selepas penggal terakhirnya.
Panglima tentera
Aoun dilahirkan pada 10 Januari 1964 di kawasan Sin El-Fil di daerah Matn di timur Lubnan.
Bapa kepada dua orang anak lelaki ini turut mempunyai dua ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik dan sains ketenteraan serta fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
Pada tahun 1983, Aoun menyertai tentera sebagai sukarelawan pada selepas itu beliau mendapat kenaikan pangkat ke beberapa pangkat tentera sehingga menjadi panglima tentera pada Mac 2017.
Beliau juga menyertai beberapa latihan ketenteraan di Lubnan dan luar negara, termasuk latihan di Amerika Syarikat, yang terakhir pada tahun 2009.
Semasa kerjaya ketenteraannya, Aoun telah dianugerahkan lebih daripada 15 pingat kehormatan ketenteraan, termasuk pingat perang sebanyak tiga kali, pingat perpaduan nasional, pingat kehormatan ketenteraan, dan pingat dalam memerangi keganasan.
Aoun bukanlah panglima tentera pertama yang menjadi presiden di Lubanan. Negara ini sebelum ini menyaksikan pemilihan empat orang panglima tentera sebagai presiden iaitu Fouad Chehab, Emile Lahoud, Michel Suleiman dan Michel Aoun.
Cabaran utama
Di bawah pemerintahan Aoun, tentera Lubnan penah melancarkan kempen ketenteraan antipengganas pada 19 Ogos 2017, dikenali sebagai Fajr al-Joroud, terhadap kumpulan ISIS (Daesh) di kawasan sempadan timur dengan Syria.
Kempen ketenteraan itu berjaya mengusir militan dari kawasan Baalbek.
Presiden baharu itu dijangka menghadapi beberapa cabaran akibat krisis ekonomi dan politik bertahun-tahun yang menjejaskan kehidupan di Lubnan.
Perang Israel baru-baru ini di Lubnan juga telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran di seluruh negara yang memerlukan usaha oleh presiden untuk mendapatkan geran dan sumbangan antarabangsa daripada negara-negara lain bagi membantu pembinaan semula negara tersebut.
Penempatan tentera di selatan Lebanon
Aoun mengawasi penempatan pasukan tentera di selatan Lubnan di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang berkuat kuasa pada 27 November 2024.
Perjanjian gencatan senjata itu bertujuan bagi menamatkan lebih 14 bulan pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan Hizbullah sejak bermulanya perang Gaza pada Oktober 2023.

Di bawah terma gencatan senjata itu, Israel dikehendaki menarik balik pasukannya ke selatan Garisan Biru secara berperingkat, manakala tentera Lubnan akan ditempatkan di selatan negara itu dalam tempoh 60 hari.
Menurut data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa sejak serangan Israel ke atas Lubnan bermula pada 8 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 4,063 orang telah terkorban, termasuk wanita, kanak-kanak dan petugas kesihatan, manakala 16,664 yang lain cedera. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!