Pantau kondominium mewah di lereng bukit

Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada tahun 1993 dan yang terbaharu di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur minggu lalu perlu dijadikan iktibar.
Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada tahun 1993 dan yang terbaharu di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur minggu lalu perlu dijadikan iktibar.
A
A
A

SEBAHAGIAN lantai kolam renang di tingkat enam kondominium setinggi 37 tingkat yang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur runtuh pada minggu lalu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada struktur asas yang tidak kukuh atau tiang yang tidak menepati spesifikasi dan bukannya disebabkan tanah runtuh atau akibat hujan berterusan. Walaupun begitu, ia masih tidak meredakan kebimbangan banyak pihak.

Tokoh Wartawan Negara yang juga Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin hairan bagaimana Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh memberi kelulusan untuk pembinaan kondominium tersebut.

Katanya, pembinaan kondominium itu tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia terletak di kawasan berkepadatan tinggi di antara beberapa blok kondominium sedia ada dan berdekatan dua buah sekolah.

Penduduk pula menyuarakan kerisauan terhadap sebuah lagi projek yang dijalankan di gigi air kolam lombong terbuka berhampiran kondominium yang runtuh itu apabila pokok di pinggir kolam mula ditebang pemaju.

Taman Desa dan beberapa tempat di Lembah Klang yang sinonim dengan alam semula jadi kini beransur-ansur menjadi hutan batu.

Sesetengah kawasan itu kini padat dengan bangunan komersial lebih-lebih lagi kondominium tinggi yang dibina di lereng-lereng bukit.

Pihak berkuasa tidak boleh memandang sepi kekhuatiran penduduk semata-mata kerana sesuatu projek itu sudah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Artikel Berkaitan:

Pembangunan di lereng-lereng bukit sentiasa berisiko dan kadangkala tidak dijangka.

Kesannya mungkin tidak berlaku sekarang sebaliknya boleh terjadi pada 10 atau 20 tahun selepas projek berkenaan siap.

Tragedi kondominium Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa di Hulu Klang pada tahun 1993 hanya berlaku 16 tahun selepas Blok 1 yang runtuh itu siap dibina sekitar tahun 1977.

Tiga blok bangunan Highland Towers itu cuma berketinggian 12 tingkat.

Pembangunan memang diperlukan bagi memajukan sesebuah kawasan tetapi jika pembinaan itu tidak terkawal ia membahayakan banyak pihak.