Ketua Hospital di Wuhan maut akibat Covid-19

Dr Liu Zhiming yang mengetuai Hospital Wuchang di Wuhan yang dibina khusus untuk merawat pesakit Covid-19, telah meninggal dunia.
Dr Liu Zhiming yang mengetuai Hospital Wuchang di Wuhan yang dibina khusus untuk merawat pesakit Covid-19, telah meninggal dunia.
A
A
A

BEIJING - Ketua Hospital Wuchang, di Wuhan yang dibina khusus untuk merawat pesakit Covid-19, meninggal dunia akibat dijangkiti virus itu, memetik laporan China Central Television (CCTV) pada Selasa, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Isnin, akhbar People Daily melaporkan Dr Liu Zhiming yang mengetuai hospital sementara itu telah meninggal dunia walaupun media lain melaporkan beliau masih berjuang melawan penyakit.

Menurut CCTV, Liu, 51, meninggal dunia semalam pada jam 10.30 pagi waktu tempatan. Beliau menjadi ketua pusat perubatan sementara pertama yang meninggal dunia akibat virus itu.

Terdapat dua buah hospital sementara, satu daripadanya Hospital Wuchang dibina di Wuhan dalam waktu yang singkat untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu.

Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, di wilayah Hubei pada akhir Disember dan sejak itu virus menular ke lebih 20 negara. Angka korban di tanah besar China melebihi 1,800 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 72,400. - Bernama

Artikel Berkaitan: