X

Kindly register in order to view this article
!

Ashraf Sinclair seorang dermawan

Ashraf Sinclair bersama anaknya. - Foto Instgram Ashraf Sinclair
A
A

JAKARTA - Pelakon Ashraf Sinclair disifatkan sebagai seorang yang pemurah semasa hayatnya apabila dia menjadi penderma tetap kepada rumah anak yatim.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, sepanjang mengenali Allahyarham Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, beliau adalah insan pemurah dan dermawan, lapor Detik.

Katanya, kehilangan Allahyarham sukar digambarkan dengan kata-kata dan seakan tidak percaya berita pemergian suami penyanyi Bunga Citra Lestari itu.

"Dia sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini," kata Ahmad Habib ketika ditemui di Rumah Sakit Pejaten Barat, Jakarta hari ini.

Menurutnya, Ashraf kerap berkunjung ke yayasan tersebut dan kali terakhir berbuat demikian dua bulan lalu.

"Ini seperti sekolah asrama, jadi bila-bila masa dia boleh datang. Jika dia mahu datang, beliau datang saja. Sangat sering (datang).

"Setiap kali dia dapat rezeki, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami bertemu, saat itu beliau sihat, baik-baik saja," katanya.

Ashraf mencipta nama di Indonesia juga mendapat tempat di hati peminat di Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 3.45 pagi waktu tempatan.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 10.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair, rakan artis dua negara berduka