Anak yatim teruja beraya naik superbike

(MAIN PIX) Ahli Kelab Bunian Bikerz bersama warga Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam merakam kenangan sempena Program Raya Bersama Anak-Anak Yatim di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam di sini pada Isnin.

A
A
A

IPOH - Kehadiran lebih 40 motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Bunian Bikerz nyata mengujakan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam, Kampung Melayu, Sungai Rapat dekat sini pada Isnin.

Wakil Kelab Bunian Bikerz, Mohd Hasnurul Nizam Ibrahim berkata, program konvoi membabitkan lebih 50 ahli bersama 43 motosikal berkuasa tinggi dari Lembah Kelang ke Ipoh.

Menurutnya, Program Raya Bersama Anak-Anak Yatim itu merupakan julung kali diadakan oleh kelab berkenaan.

"Ini merupakan pengalaman pertama ahli kelab mengadakan program di rumah anak yatim. Idea ini juga tercetus kerana mahu memberikan kelainan terhadap aktiviti kami.

"Insya-ALLAH, kita merancang mengadakan program seumpama ini di tempat yang lain pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika Program Raya Bersama Anak-Anak Yatim di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam.

Anak-anak yatim teruja melihat motosikal berkuasa tinggi singgah di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam di sini pada Isnin.
Anak-anak yatim teruja melihat motosikal berkuasa tinggi singgah di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam di sini pada Isnin.

Hadir sama pada program berkenaan, Yang Dipertua Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Azizul Mohd Othman.

Dalam program tersebut, mereka turut disajikan dengan persembahan qasidah daripada penghuni rumah anak yatim tersebut selain ahli-ahli Kelab Bunian Bikerz yang hadir turut membuat persembahan nyanyian menghiburkan anak-anak yatim.

Selepas itu anak-anak yatim berkenaan turut dibawa merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi di kawasan berhampiran rumah pertubuhan berkenaan.

Program tersebut juga turut mendapat sokongan daripada Ketua Pegawai Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah yang turut memberikan sumbangan.

Ahli-ahli Kelab Bunian Bikerz turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim ketika program berkenaan.
Ahli-ahli Kelab Bunian Bikerz turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim ketika program berkenaan.

Sementara itu, orang ramai yang berhasrat menyumbang kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam berkenaan boleh berhubung dengan pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut.