X

Kindly register in order to view this article
!

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair, rakan artis dua negara berduka

Ashraf memuat naik fotonya ketika berada di New York tiga hari lalu. - Foto Instagram Ashraf Sinclair Antara ucapan rakan-rakan artis yang terkejut dengan pemergian arwah.
A
A

BERITA pelakon, Ashraf Sinclair meninggal dunia pagi tadi mengejutkan dunia seni tanah air tidak terkecuali dari negara seberang.

Pemergian Ashraf Sinclair pada usia 40 tahun akibat serangan jantung diratapi semua sahabat dan rakan artis yang turut mengucapkan salam takziah buat isterinya yang juga penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari di akaun Instagram, lapor Kompas.

Artis Dian Sastrowardoyo memuat naik ucapan takziah di akaun Instagram Ashraf @ashrafsinclair.

"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Masih tidak percaya ini terjadi," tulis Dian disertai emoji menangis.

"Inalilahiwainaillaihi rojiun semoga amal ibadah arwah diterima ALLAH SWT, ALLAH mengampuni semua dosa-dosa Ash (Ashraf) dan dapat ditempatkan di syurga ALLAH," tulis @laudyacynthiabella.

Selain artis dari Indonesia, rakan-rakan artis dari Malaysia juga membanjiri ruang komen Instagram milik Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Jenazah Ashraf Sinclair akan dikebumikan di Jakarta

"Innalillahiwainnailaihirojiun semoga ALLAH memberinya jannat-ul-firdos dan kesabaran buat keluarganya," tulis Neelofa.

Tidak ketinggalan, Nora Danish juga menitip doa buat Allahyarham, "Innalilahiwainnalilahirojiun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah."

Seorang lagi rakan artis dari Malaysia, Yasmin Hani menulis, "Innalillahi wainnailaihirojiun. Ya ALLAH, ampunilah segala dosa beliau dan tempatkanlah beliau dalam kalangan orang yang beriman. Berikanlah kekuatan pada keluarga dan teman-temannya aamiin Ya Rab. Berehatlah Ash (Ashraf). Ini adalah berita mengejutkan buat kita semua."

Suami kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari itu disahkan menghembuskan nafas terakhir hari ini melalui pesanan aplikasi WhatsApp oleh pengurus penyanyi itu kepada portal berita Kompas.

Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.

Ashraf juga abang kepada penyampai radio dan pelakon tanah air, Aishah Sinclair mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu.

Allahyarham berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus