CBP sasar bayar dividen 10.5 peratus tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Mohd Noor Abd Razak (tengah) ketika sidang media di Maktab Koperasi Malaysia di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Mohd Noor Abd Razak (tengah) ketika sidang media di Maktab Koperasi Malaysia di sini, hari ini.
A
A
A

CO-OPBANK Pertama (CBP) mensasarkan bayaran dividen pada kadar 10.5 peratus bagi tahun kewangan 2019 berbanding jangkaan 9.5 peratus pada tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak yakin kadar dividen 10.5 peratus itu mampu dicapai sekiranya unjuran prestasi perniagaan CBP meningkat kepada 70 peratus daripada 2018.

"Kita yakin mampu bayar dividen 10.5 peratus seperti disasarkan sekiranya sasaran peningkatan 70 peratus ini berjaya dicapai, meskipun sukar namun ia boleh dicapai berdasarkan peningkatan prestasi perniagaan tahun lalu.

"Dengan peningkatan 70 peratus kita yakin CBP akan menjana keuntungan sebanyak RM82 juta yang secara langsung dapat memberikan pulangan dividen lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya ketika sidang media di Maktab Koperasi Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nor memaklumkan, melalui Pindaan Undang-undang Kecil (UKK) CBP yang berkuatkuasa 13 September 2018, kaedah pemilihan perwakilan anggota koperasi berbeza daripada tahun sebelumnya.

Katanya, hal ini bermakna perwakilan tidak lagi secara automatik dipilih ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan CBP tetapi perlu mengikut nisbah iaitu 2:1 koperasi dan tidak melebihi 25 wakil koperasi bagi sesuatu kawasan, perwakilan koperasi juga akan dipilih melalui proses pengundian.

"Pindaan ini akan memberikan penekanan dalam semua aspek bagi menjaga kepentingan anggota yang berjumlah 85,041 terdiri daripada 84, 357 anggota individu dan 684 anggota koperasi yang menyumbang kepada RM783 juta jumlah rizab CBP sehingga 31 Disember 2018,” katanya.

Artikel Berkaitan: