Kalau kita baik pasti ramai orang sayang

Pemergian Allahyarham merungkai rahsia bahawa Abam sentiasa bersedekah kepada anak yatim dan membantu mereka yang memerlukan selain sangat mengutamakan keluarganya serta disenangi ramai orang.
Pemergian Allahyarham merungkai rahsia bahawa Abam sentiasa bersedekah kepada anak yatim dan membantu mereka yang memerlukan selain sangat mengutamakan keluarganya serta disenangi ramai orang.
A
A
A

ISNIN lalu industri seni berduka dengan pemergian pelakon dan pelawak, Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.

Allahyarham meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Walaupun sudah lebih lebih seminggu meninggal dunia namun kebaikan Allahyarham ketika hayatnya masih diperkatakan dan menyentuh hati seluruh peminat hiburan tanah air. Namanya tidak lekang daripada bibir orang ramai termasuk Merak Jalanan.

Tiada siapa menyangka, di sebalik pemergian Allahyarham merungkai rahsia bahawa Abam sentiasa bersedekah kepada anak yatim dan membantu mereka yang memerlukan selain sangat mengutamakan keluarganya serta disenangi ramai orang.

Sikap dan peribadi Allahyarham semasa hayatnya turut diakui oleh ibunya, Sabariah Arshad yang menyifatkan anaknya anaknya seorang yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga.

Jika seseorang itu melakukan amal dengan ikhlas kerana ALLAH SWT, ganjaran pahala dan darjat seseorang itu akan diangkat serta dikenang sehingga akhir hayatnya.

Abam sendiri tidak pernah menghebohkan segala kebaikan yang beliau lakukan, sebaliknya hanya terbongkar selepas arwah meninggal dunia. Berapa ramai dalam kalangan kita yang boleh mengambil iktibar?

Hari ini kata-kata Allahyarham telah terbukti iaitu “Kita baik ramai orang sayang”. Merak Jalanan mengakui berasa cemburu dengan kematian Allahyarham. Bayangkan berduyun-duyun tetamu hadir menziarahi dan solat untuk jenazahnya.

Artikel Berkaitan:

Apabila kita baik dengan orang, ramai orang yang akan sayang dengan kita seperti mana Allahyarham berbuat baik semasa hayatnya.

Abam bukan pemimpin politik dan bukan juga agamawan. Namun di pengakhiran hidupnya ALLAH anugerahkan nikmat kematian yang sangat dicemburui iaitu husnul khatimah. Pusaranya juga tidak putus-putus dikunjungi.

Merak Jalanan harap kita dapat mencontohi Allahyarham. Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.