Jangan lengahkan lagi Lemon Law, perlu laksana segera!

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

KEJADIAN terbaru melibatkan sebuah jenama kereta yang diarahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dipanggil balik bagi memeriksa kerosakan serius menunjukkan bahawa Lemon Law amat diperlukan di negara ini.

Lemon Law ialah satu peruntukan undang-undang yang melindungi pengguna daripada penipuan dan kerosakan produk yang dijual.

Di bawah Lemon Law, peniaga bertanggungjawab untuk membaiki, menggantikan, membayar balik atau menurunkan harga produk yang didapati rosak.

Dengan adanya Lemon Law, pembeli kereta berhak untuk menerima bayaran balik atau kereta baharu jika kenderaan yang dibeli mengalami kecacatan serius atau menghadapi masalah mekanikal.

Umum mengetahui bahawa harga kereta di Malaysia bukan murah berbanding dengan negara-negara lain.

Ini berpunca daripada cukai yang tinggi dikenakan kerajaan.

Pembeli kereta berpendapatan rendah terpaksa membayar bayaran bulanan yang tinggi bagi harga kereta yang sudah menyamai sebuah rumah flat kos rendah.

Mereka bekerja siang dan malam demi untuk mendapatkan keselesaan hidup dengan memiliki sebuah kereta impian.

Artikel Berkaitan:

Namun, bayangkan perasaan mereka yang tidak bernasib baik apabila menerima kenderaan yang rosak dan terpaksa menanggung kerugian serta kekecewaan setinggi langit.

Jadi kita berharap agar, kerajaan berusaha keras untuk segera mewujudkan undang-undang ini demi untuk melindungi pengguna dan memastikan setiap pengeluar kenderaan bertanggungjawab penuh terhadap produk keluaran mereka.

Disebabkan kutipan cukai yang tinggi dikenakan kerajaan, maka seharusnya kerajaan juga tidak lepas tangan dengan memastikan hak-hak pengguna menjadi keutamaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!