Mekanik lepas bebas tuduhan rogol remaja 13 tahun

Peguam Khairul Naim Rafidi (kiri) bersama anak guamnya yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dikenali menerusi aplikasi WeChat enam tahun lalu.
Peguam Khairul Naim Rafidi (kiri) bersama anak guamnya yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dikenali menerusi aplikasi WeChat enam tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa melepas dan membebaskan seorang mekanik daripada pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dikenali menerusi aplikasi WeChat, enam tahun lalu.

Hakim Jean Sharmila Jesudason membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Luqmanul Hakim Abu Hassan, 26, di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah.

"Oleh yang demikian, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan," kata Jean Sharmila.

Mengikut pertuduhan, Luqmanul Hakim yang ketika kejadian berusia 20 tahun didakwa telah melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di dalam sebuah bilik tidur di Jalan Pengkalan Barat 2, Taman Shatin dalam daerah Ipoh jam 1.30 pagi pada 11 Jun 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili Peguam bela, Khairul Naim Rafidi.

Sejak kes itu disebut di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 6 Mei 2021, seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh telah dipanggil memberikan keterangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!