Kejayaan berganda Walscheid

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama empat pemenang jersi utama selepas tamat perlumbaan Peringkat 8 PETRONAS LTdL 2020 di Kuah, Langkawi hari ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama empat pemenang jersi utama selepas tamat perlumbaan Peringkat 8 PETRONAS LTdL 2020 di Kuah, Langkawi hari ini.
A
A
A

PAKAR pecut NTT Pro Cycling Team, Maximillian Richard Walscheid merangkul kemenangan kedua perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 apabila memenangi Peringkat 8 di Langkawi hari ini.

Lebih manis, kejayaan pelumba kelahiran Jerman berusia 26 tahun itu membolehkan dia dinobatkan sebagai Raja Pecut dengan memenangi Jersi Hijau PETRONAS.

Pada perlumbaan sejauh 108.5 kilometer (km) dari Dataran Lang ke Kuah itu, Walscheid menamatkan saingan secara penamat beramai-ramai dengan catatan masa 2 jam 29 minit 08 saat (s).

Pelumba pasukan Androni Giocattoli Sidermec, Luca Pacioni dan Taj Jones daripada Ara Pro Racing Sunshine Coast) masing-masing mengakhiri saingan di tempat kedua dan ketiga.

Walscheid mengangkat kedua-dua belah tangannya selepas melintasi garisan penamat Peringkat 8 PETRONAS LTdL 2020 di Kuah, Langkawi hari ini.
Walscheid mengangkat kedua-dua belah tangannya selepas melintasi garisan penamat Peringkat 8 PETRONAS LTdL 2020 di Kuah, Langkawi hari ini.

Dalam pada itu, pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) boleh berasa bangga apabila menyambar dua jersi utama pada edisi ke-25 penganjuran LTdL tahun ini.

Pelumba Itali, Danilo Celano muncul juara keseluruhan bagi melayakkannya menyarung Jersi Kuning PETRONAS manakala pelumba negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff meraih gelaran Raja Bukit dengan Jersi Merah.

Pelumba kelahiran Kazakhstan, Yevgenly Deorov yang menggalas cabaran pasukan Vino Astana Motors pula memenangi Jersi Putih apabila dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Asia.

Artikel Berkaitan: