Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera

Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian. Foto Reuters
Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian. Foto Reuters
A
A
A

SEOUL - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Suk Yeol dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian Parlimen terhadap usul pemecatannya.

Suk Yeol membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya.

Suk Yeol menjelaskan bahawa keputusan berkenaan diambil atas dasar 'terdesak' sebagai presiden, tetapi mengakui tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat.

“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera ini,” katanya sambil berikrar untuk menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh pemerintahannya kepada Parti Kuasa Rakyat untuk menstabilkan negara.

Suk Yeol dipilih pada Mei 2022 bagi penggal lima tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!