X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Malaysia, China jalin kerjasama rapat

Xi Jinping dan Dr Mahathir
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan China akan menjalinkan kerjasama lebih rapat serta mempertingkatkan usaha dalam menangani jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi perbualan telefon bersama Presiden China, Xi Jinping semalam.

Dalam perbualan lebih setengah jam itu, kedua-kedua pemimpin tersebut menyatakan komitmen masing-masing untuk satu pakatan bersama yang dilaksanakan ASEAN dan China untuk memastikan situasi terus terkawal.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sentiasa menyokong China dan yakin dengan usaha yang dilakukan negara berkenaan dalam menangani Covid-19.

“China menghargai pendirian Malaysia berhubung isu berkenaan dan memberi jaminan mereka mempunyai kekuatan untuk mengawal wabak berkenaan.

“Mereka juga berjanji akan melindungi semua rakyat Malaysia dan negara lain yang berada di sana,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini, Covid-19 meragut hampir 1,500 nyawa dengan 1,483 kes berlaku di China.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia bersedia hadapi sebarang kemungkinan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!