X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta peguam dibaling parang panjang

Parang panjang yang dicampak di atas kereta milik seorang peguam di kawasan Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Kereta milik seorang peguam dibaling dengan sebilah parang panjang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di kawasan parkir kereta pekarangan Mahkamah Jalan Duta di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, ketika kejadian jam 7.55 pagi itu, peguam terbabit sedang mengambil barang dibonet kereta sebelum terdengar bunyi hentaman yang kuat pada keretanya.

"Pengadu kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui sebilah parang pada bahagian cermin belakang keretanya," katanya.

Menurutnya siasatan awal mendapati, pengadu melihat sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 warna merah ditunggangi suspek dipercayai berbangsa Melayu mula beredar dari kawasan kereta pengadu sambil merenung ke arahnya.

"Semasa suspek mahu beredar dari lokasi, dia turut menendang seorang lelaki India yang juga merupakan seorang peguam sedang berjalan kaki menuju ke mahkamah," katanya.

Menurutnya, pelaku yang terbabit dengan insiden berkenaan sedang dikenal pasti memandangkan di kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutjup (CCTV)

Kes disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.