Covid-19: F1 Grand Prix China ditangguhkan

Berikutan kebimbangan yang berterusan dan darurat kesihatan global diisytiharkan WHO, F1 dan FIA memutuskan kesihatan serta keselamatan petugas, peserta dan peminat menjadi keutamaan.
Berikutan kebimbangan yang berterusan dan darurat kesihatan global diisytiharkan WHO, F1 dan FIA memutuskan kesihatan serta keselamatan petugas, peserta dan peminat menjadi keutamaan.
A
A
A
SHANGHAI - Formula Satu (F1) Grand Prix China yang dijadual pada 19 April ditangguhkan ekoran wabak koronavirus (Covid-19), umum pihak penganjur, Juss Sports Group semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Berikutan kebimbangan yang berterusan dan darurat kesihatan global diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), F1 dan FIA memutuskan kesihatan serta keselamatan petugas, peserta dan peminat menjadi keutamaan.

"Kami akan menilai semula untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi kejohanan itu dianjurkan," menurut pengumuman itu.

Ini adalah kali pertama F1 Grand Prix China ditangguhkan sejak ia dianjurkan pada 2004. - Bernama
Artikel Berkaitan: