JPJ tidak kompromi penguat kuasa terbabit rasuah, salah guna kuasa

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa akan dikenakan tindakan tata tertib termasuk dibuang kerja.

JPJ dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan kakitangan jabatan itu.

"JPJ amat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya jabatan ini bebas rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia Bersih," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat JPJ hari ini.

Kenyataan tersebut merujuk artikel di portal Malaysiakini bertajuk Rasuah Dalam JPJ Jahanamkan Industri Logistik yang disiarkan pagi tadi.

Kenyataan berkenaan turut menyebut jabatan berkenaan memandang serius terhadap kenyataan yang diterbitkan dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib.

Portal atas talian itu mendedahkan amalan rasuah syarikat kenderaan berat dan pemandu lori kepada penguatkuasa JPJ bagi menutup mata terhadap kesalahan seperti mengangkut barang melebihi muatan atau pembocoran maklumat awal berkaitan operasi yang akan dijalankan.

Bayaran boleh dibuat secara segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya.

Bagaimanapun terdapat bayaran bulanan bagi mendapatkan 'perlindungan' daripada penguat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Selain bayaran bulanan, terdapat juga pegawai JPJ meminta rasuah ketika sekatan jalan raya.