Berita palsu Covid-19: Satu lagi kertas siasatan dibuka di Kelantan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai wabak koronavirus (Covid-19) di media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, sebanyak 23 kes telah direkodkan pihaknya buat masa ini.

"Terbaharu, satu lagi kertas siasatan dibuka melibatkan kes di Tumpat, Kelantan.

"Ia adalah perkara yang serius dan usah menularkan berita palsu bagi mengelakkan tindakan tegas undang-undang. Setakat ini, tiga kes telah dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan dengan jangkitan virus terbabit.

Pada 5 Februari lalu, seorang wartawan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga tuduhan membuat kenyataan membabitkan koronavirus di laman Facebook miliknya, Januari lalu.

Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Sementara itu, pada 6 Februari, seorang penjual santan didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus di Mahkamah Majistret.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Gabungan Anak Terengganu (Gate) Original itu dibuat di sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini pada jam 8.22 pagi, pada 27 Januari lalu menggunakan akaun Facebook Ali Dapicey.