X

Kindly register in order to view this article
!

Pelancong Kanada antara tujuh suspek baharu di Sarawak

A
A

KUCHING - Seorang pelancong Kanada yang tiba di lapangan terbang Mulu dua hari lepas adalah antara tujuh kes suspek baharu koronavirus di Sarawak setakat jam 10.30 pagi ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menurutnya, sebelum tiba di Mulu, pelancong itu mengadu demam dan rekod perjalanan menunjukkan beliau pernah singgah di beberapa bandar raya termasuk Singapura, Bali, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Miri selepas menjalani tapisan kesihatan yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Kesihatan negeri dan kini dia dikuarantin di hospital berkenaan,” kata jurucakap jawatankuasa itu kepada Bernama malam ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan jawatankuasa itu berkata, selain pelancong Kanada, enam lagi pesakit dalam siasatan (PUI) bagi kes-kes koronavirus direkodkan di mana tiga kini dalam pemerhatian di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu.

“Jumlah kumulatif kes-kes PUI dari 10 Januari sehingga hari ini di Sarawak adalah 67 yang terdiri daripada 49 rakyat Malaysians, 15 warga China dan tiap satu warga Thailang, Indonesia serta Kanada. Dari jumlah kes PUI, 51, disahkan negatif jangkitan koronavirus manakala 16 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Sehingga semalam, Jabatan Kesihatan menjalankan tapisan kesihatan ke atas 5,984 pelawat yang tiba menerusi laluan udara, darat dan air di seluruh negeri. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!