Sila log masuk terlebih dahulu.

Indonesia tidak sorok kes jangkitan koronavirus

Terawan (kiri) bersama kru yang terlibat dalam operasi kemanusiaan untuk membawa pulang rakyat Indonesia dari Wuhan pada awal bulan lalu. - FOTO: AGENSI
Terawan (kiri) bersama kru yang terlibat dalam operasi kemanusiaan untuk membawa pulang rakyat Indonesia dari Wuhan pada awal bulan lalu. - FOTO: AGENSI
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menegaskan ia tidak menyembunyikan apa-apa tentang koronavirus selepas beberapa penyelidik perubatan menyuarakan kebimbangan berikutan mungkin negara itu gagal mengesan mana-mana kes jangkitan wabak tersebut.

"Kami mempunyai kit untuk memeriksa koronavirus dan ia disahkan. Tiada apa yang kami sembunyikan," kata Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto selepas mesyuarat Kabinet di Istana Presiden Bogor di luar Jakarta.

Sementara itu, Ketua Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan, Siswanto memaklumkan, ujian telah dijalankan ke atas 64 sampel jangkitan yang disyaki dan 62 daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih diuji.

Minggu lalu, penyelidik di Harvard T H Chan School of Public Health di Amerika Syarikat menerusi laporan menyarankan Jakarta sepatutnya meningkatkan pengawasan dan kawalan terhadap penularan koronavirus memandangkan ia mempunyai penerbangan terus dari bandar Wuhan yang merupakan pusat epidemik wabak itu.

Pasukan di Harvard itu mendakwa kekurangan kes yang disahkan berpotensi membawa kes tidak dapat dikesan berikutan perjalanan udara menyumbang kepada kes yang dieksport dari China.

Puluhan kes jangkitan koronavirus telah direkodkan di negara serantau termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan satu kes kematian di Filipina sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang potensi kekurangan kewaspadaan pihak berkuasa untuk mengesan kes tersebut di Indonesia. - Agensi

Artikel Berkaitan: