Kes rasuah Rosmah: Jepak Holdings tak puas hati klausa projek

Rosmah - Foto Bernama
Rosmah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa selepas Kementerian Pendidikan bersetuju untuk penganugerahan projek bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak Holdings bagi membekalkan sistem solar kepada 369 sekolah di Sarawak pada 2016, pihak berkenaan masih tidak berpuas hati mengenai kontrak itu.

Mahdzir yang menjadi saksi pendakwaan kelima berkata, Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin dan rakan kongsinya, Rayyan Radzwill Abdullah bertemu beliau pada November 2016 untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan klausa dalam kontrak berkenaan.

Mahdzir memberi keterangan, Saidi dan Rayyan mahu beliau keluarkan satu bahagian klausa Kementerian Pendidikan diberi kuasa untuk menamatkan kerja-kerja untuk sekolah-sekolah yang telah disambungkan dengan talian grid.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rosmah hantar mesej desak percepat projek hibrid solar'

Beliau berkata, Rayyan dan Saidi juga mendesaknya supaya tidak perlu menjadikan urusan itu sukar, dan ia hanya isu kecil untuk Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahdzir seterusnya memberitahu, Saidi ketika itu menghubungi pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor (kini Datuk) melalui telefon bimbitnya dan menyerahkan telefon miliknya kepada beliau.

Menurut Mahdzir, Rizal dalam perbualan itu kemudian memberitahunya supaya beliau tidak menyukarkan keadaan, dan projek itu adalah dalam pengetahuan 'mem' (Rosmah).

"Saya faham bahawa 'mem' yang dimaksudkannya ialah Datin Seri Rosmah",katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: