Jurukimpal tunjuk 'anu' pada guru tadika disambung reman

Suspek disambung reman dua hari lagi untuk siasatan lanjut kerana melakukan kelucahan melampau kepada seorang guru tadika.
Suspek disambung reman dua hari lagi untuk siasatan lanjut kerana melakukan kelucahan melampau kepada seorang guru tadika.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tempoh tahanan reman seorang jurukimpal disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan kerana menunjukkan kemaluannya kepada seorang guru tadika di Kampung Gong Badak, Kuala Nerus.

Perintah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana kelucahan melampau.

Dalam kejadian pada jam 7 petang Khamis lalu, mangsa, 27, sedang mengunci pintu pagar tadika tempat dia bertugas terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali memberhentikan motosikal lalu membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Lelaki itu kemudiannya memecut motosikalnya meninggalkan lokasi.

Terkejut dengan tindakan suspek, wanita itu yang bimbang kejadian sama berulang dan mahu menjaga keselamatan mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Susulan laporan diterima, suspek 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Nerus pada jam 3 pagi, kelmarin sebelum direman selama tiga hari sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!