Wartawan bongkar situasi sebenar Wuhan 'hilang'

Quishi hilang tanpa khabar berita sejak petang Khamis lalu. - Foto Agensi
Quishi hilang tanpa khabar berita sejak petang Khamis lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang wartawan di China yang bertindak berani mendedahkan situasi sebenar bandar Wuhan sebagai pusat epidemik koronavirus dilaporkan 'hilang'.

Memetik laporan Daily Mail hari ini, keluarganya mendakwa mereka tidak mendapat sebarang khabar berita daripada Chen Qiushi sejak petang Khamis lalu malah panggilan juga tidak dijawab.

Kehilangan Quishi mendapat perhatian selepas seorang Dr Li Wenliang yang diangkat sebagai wira oleh pengguna media sosial kerana memberi amaran awal tentang ancaman wabak itu disahkan meninggal dunia di Hospital Pusat Wuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terawal beritahu kewujudan virus bahaya meninggal dunia

Menerusi laporannya, Quishi turut berkunjung ke hospital utama, rumah mayat dan kawasan perumahan penduduk serta menemubual sendiri pesakit dan keluarga mereka tentang wabak membawa maut tersebut.

Dia dengan lantang mempersoalkan pelbagai isu termasuk kemudahan khas yang disediakan untuk mereka yang dijangkiti koronavirus dan keberkesanannya serta keputusan pihak berkuasa yang dibuat di Wuhan.

Hasil laporannya dimuat naik di Twitter dan YouTube yang berdepan sekatan di China namun boleh diakses melalui perisian tertentu.

Difahamkan, Quishi merancang untuk melawat hospital perlindungan Fang Cang sebelum dia hilang secara tiba-tiba.

Ibunya turut memuat naik video meminta dia pulang dengan selamat.

Artikel Berkaitan:

"Kami bimbang dengan keselamatan dirinya atau dia mungkin dijangkiti virus itu," lapor CNN memetik kenyataan rakannya.