Koronavirus: Penambahan kes, pelancong Wuhan didapati positif

Sidang media Kementerian Kesihatan.
Sidang media Kementerian Kesihatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelancong dari Wuhan, China disahkan positif koronavirus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak 15 kes.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelancong wanita berusia 59 tahun itu disahkan positif semalam.

"Dia dimasukkan ke Hospital Permai Johor Bahru," katanya.

Menurutnya, turut dimasukkan ke wad isolasi, suami kepada wanita itu.

"Walaupun dia tidak menunjukkan sebarang gejala, kita tempatkan di wad isolasi sementara menunggu keputusan ujian saringan," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu bersama anak dan menantunya tiba di Singapura pada 17 Januari lalu sebelum memasuki Johor Bahru pada 21 Januari.

"Dia mula mengalami gejala demam pada 26 Januari. Mereka sekeluarga dijadualkan pulang ke Wuhan pada Selasa lalu, bagaimanapun menangguhkan perjalanan.

Artikel Berkaitan:

"Hanya anak lelaki dan menantunya pulang," katanya pada sidang media perkembangan wabak koronavirus di sini hari ini.