Koronavirus: China ambil tindakan terhadap pihak siar maklumat palsu

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti koronavirus meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. - Foto Xinhua
Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti koronavirus meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. - Foto Xinhua
A
A
A

BEIJING - Pengawas Internet China telah mengambil tindakan terhadap beberapa laman web, aplikasi mudah alih dan akaun media sosial kerana menyiarkan kandungan yang melanggar peraturan mengenai wabak koronavirus, lapor agensi berita Xinhua.

Di bawah seliaan Pentadbir Ruang Siber China (CAC), beberapa pengawas internet tempatan telah mengeluarkan aplikasi mudah alih daripada App Store, kata CAC semalam.

Ia termasuk laman web Baidu yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana gagal mengendalikan kandungan yang melanggar peraturan, dimuat naik oleh pengguna. Beberapa akaun media sosial juga dikenakan tindakan kerana menyebarkan maklumat palsu, menurut CAC.

CAC berikrar untuk meningkatkan kerja-kerja pemantauan oleh pengawas Internet, menggesa mereka dan platform dalam talian bersama memikul tanggungjawab dalam memerangi wabak koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah korban koronavirus di Hubei meningkat 549 orang

Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665.

Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Artikel Berkaitan:

Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 buah negara.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak itu. - Bernama