Nafi kapal Wuhan berlabuh di Melaka

Jabatan Kesihatan Melaka menafikan video viral yang mendakwa sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu.
Jabatan Kesihatan Melaka menafikan video viral yang mendakwa sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Kesihatan Melaka menafikan video tular yang mendakwa sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan kapal yang berlabuh bersama anak kapal bukanlah dari Wuhan, China.

Menurutnya,,kenyataan yang tular itu adalah salah dan saringan kesihatan dari negara berisiko seperti China juga adalah merupakan aktiviti tetap bagi pencegahan dan kawalan kemasukan virus 2019 novel koronavirus (2019-nCov).

"Penggunaan alat pelindungan diri oleh anggota kesihatan bertugas di pelabuhan itu adalah bertujuan melindungi kesihatan mereka di Pintu Masuk Antarabangsa.

"Kita meminta sesuatu maklumat itu diselidik terlebih dahulu sebelum dikongsi atau dimuat turun dilaman sosial agar tidak menimbulkan kebimbangan dan panik orang ramai," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit tiga saat yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial, Facebook mendakwa sebuah kapal dagang dari Wuhan yang membawa beberapa anak kapal bersauh di Pelabuhan Kuala Linggi.

Pengguna yang menggunakan nama Facebook ‘Shahnol Sundara’ itu menyatakan kesemua krew kapal disaring oleh pasukan paramedik ekoran baru tiba dari Wuhan sebelum memadam entri berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Tambah Ismail, pihaknya berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sahih hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan: