Remaja hidap kanser tulang mahu belajar buat kuih

Ahmad Nazlan memberikan kata-kata semangat kepada Nursyafiqah.
Ahmad Nazlan memberikan kata-kata semangat kepada Nursyafiqah.
A
A
A

JERANTUT - Penghidap kanser tulang, Nursyafiqah Syamsul Akmar, 19, berhasrat mempelajari kemahiran membuat pelbagai jenis kuih dan biskut bagi meringankan beban keluarganya.

Anak sulung daripada tiga beradik meluahkan keinginannya ketika menerima lawatan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris di rumahnya di Perumahan Kos Rendah (PKR) Peringkat 3 dan 4 hari ini.

Nusyafiqah yang kehilangan kaki kanannya pada September tahun lalu akibat penyakit tersebut turut menerima tawaran Ahmad Nazlan yang mahu membantu menanggung pembelajarannya.

"Saya tidak mahu melepaskan tawaran ini. Saya juga mahu membuat kuih dan biskut untuk jualan ketika musim perayaan bagi membantu keluarga," katanya yang menghidap penyakit tersebut sejak tiga tahun lalu.

Penyakit yang ditanggung sejak tiga tahun lalu itu menyebabkan Nursyafiqah terpaksa menangguhkan persekolahan dan tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mengakui rasa rendah diri akibat kekurangan tersebut, Nursyafikah kembali bersemangat selepas mendapat tawaran tersebut.

"Pada mulanya memang rasa hidup saya sudah musnah tetapi apabila beliau (Ahmad Nazlan) memberikan contoh ramai yang telah berjaya, saya kembali bersemangat dan mahu berjaya seperti orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Nazlan berkata, beliau akan membantu dan menanggung pembelajaran remaja itu dengan menempatkannya di pusat kemahiran yang sesuai dengan keadaan Nursyafiqah.

"Sekurang-kurangnya dia memiliki kemahiran dan boleh berdikari untuk menjana pendapatan sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!