Madammu selamat melahirkan anak sulung

Madammu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.. - Foto TikTok/Madammu
Madammu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.. - Foto TikTok/Madammu
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.

Madammu yang menjalani rawatan kesuburan Persenyawaan In-Vitro (IVF) untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Menerusi akaun TikTok miliknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.

Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.

Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.

Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat. - Pa&Ma