Hidap kanser tahap empat, Khalid Ali terharu keprihatinan YAKEB

Khalid (kanan) ketika menerima kunjungan Adam Adli (tiga, kiri) dan Noorul (dua, kanan) pada Khamis.
Khalid (kanan) ketika menerima kunjungan Adam Adli (tiga, kiri) dan Noorul (dua, kanan) pada Khamis.
A
A
A

“YAKEB banyak membantu saya sejak dari awal lagi mendapatkan rawatan bagi penyakit ini.”

Itu luahan legenda bola sepak negara, Khalid Ali selepas menerima sumbangan RM17,000 daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi rawatan kanser paru paru tahap empatnya.

Katanya, sumbangan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan YAKEB secara tidak langsung membantu meringankan beban kos rawatannya.

“Sumbangan ini sebenarnya sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu proses rawatan kanser yang sangat mahal.

“Setakat ini terdapat penambahbaikan dari segi kesihatan saya tetapi masih perlukan rawatan yang lebih kuat,” katanya ketika dikunjungi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim dan Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed di Taman Sri Keramat Tengah, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Noorul Ariffin berkata, sumbangan RM17,000 itu seperti dimohon Khalid kepada YAKEB bagi pembelian ubat 'Pembrolizumab 100mg INJ Keytruda.'

“Ubat adalah untuk proses susulan selepas Khalid menjalani dua rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 18 April dan 10 Mei lalu.

“Khalid layak mendapat bantuan seperti termaktub dalam Skim Bantuan Khas YAKEb di bawah Bantuan Pembiayaan Rawatan Penyakit Kritikal di mana setiap ahli boleh menerima maksimum RM20,000 bagi setiap tahun,” kata Noorul.

Sebagai rekod, terdapat 11 lagi jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB yang boleh dinikmati ahli, selain Bantuan Pembiayaan Rawatan Penyakit Kritikal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!