Video Moorthy: Tak wajar, fitnah jahat

Siti Hajar dan Wanita Umno Bahagian Jerantut bahagian itu tampil membuat laporan polis di IPD Jerantut, hari ini.
Siti Hajar dan Wanita Umno Bahagian Jerantut bahagian itu tampil membuat laporan polis di IPD Jerantut, hari ini.
A
A
A
JERANTUT - Sebanyak 14 bahagian sayap Wanita Umno di negeri ini membuat laporan polis secara serentak hari ini terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.

Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Siti Hajar Mubin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan menteri terbabit yang disifatkan tidak wajar dan satu fitnah jahat.

Siti Hajar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Siti Hajar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.



“Pada hari ini semua sayap Wanita bahagian di Pahang membuat laporan polis yang turut membabitkan semua 191 bahagian di seluruh negara secara serentak.

“Kita berharap dengan laporan polis yang dibuat, kerajaan PH dapat ambil tindakan tegas terhadap beliau,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:


Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita negeri, Datuk Sabariah Saidin dan lebih 100 ahli Wanita Umno Bahagian Jerantut itu.