Air pasang besar: Benteng pesisir pantai Sungai Kajang rebak

KUALA SELANGOR - Benteng pesisir Pantai Sungai Kajang rebak berikutan fenomena air pasang besar di sini pada pagi Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu menyebabkan limpahan air laut dan benteng penahan ombak sepanjang 1.5 kilometer dibina Jun lalu itu sebahagiannya rebak.
Menurut beliau, projek pembinaan ban itu dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membabitkan kos bernilai RM4.9 juta dan dijangka siap pada 2026.
"Keadaan masih terkawal meskipun benteng penahan hakisan rebak akibat fenomena air pasang besar," tambah beliau.

Sebelum ini, tular di aplikasi X mengenai fenomena air pasang besar menghentam ban di pesisir Pantai Sungai Kajang pada Sabtu.
Dalam pada itu, katanya, pusat pemindahan sementara (PPS) di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang telah ditutup pada jam 12.38 tengah hari pada Sabtu.
Kata beliau, PPS itu sebelum ini dibuka pada Khamis lalu itu menempatkan seramai 101 mangsa daripada 36 keluarga berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki banjir akibat fenomena air pasang besar.
"PPS itu menempatkan seramai 49 lelaki dan 52 perempuan dengan pecahan seramai dewasa 73 orang, 26 kanak-kanak dan dua bayi," tambah beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -256 peserta sahut cabaran Ehsan Unity Hunt 2026
13 September 2026 05:09pmAir hijau, bau busuk bongkar pencemaran kilang sekerap plastik
13 September 2026 04:27pmPemuda Pas gesa siasat dakwaan manipulasi AI data pengundi
12 September 2026 10:26pmPembiayaan KUSKOP penting bantu perniagaan hadapi tekanan kos - FMBA
12 September 2026 07:08pmDua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
13 September 2026 07:46pmDua wanita maut terkena renjatan elektrik
13 September 2026 06:22pmPuluhan video lucah ditemui dalam telefon bekas MP
13 September 2026 07:45amNahas 11 kenderaan: Mangsa kelima meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa
13 September 2026 09:44am- Iklan -- Iklan -

