Koronavirus: Thai Airways kurangkan penerbangan ke China

Thai Airways mengurangkan jumlah penerbangannya ke dan dari destinasi-destinasi di China berikutan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.
Thai Airways mengurangkan jumlah penerbangannya ke dan dari destinasi-destinasi di China berikutan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.
A
A
A

BANGKOK- Thai Airways, seperti syarikat penerbangan yang lain, mengurangkan jumlah penerbangannya ke dan dari destinasi-destinasi di China berikutan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.

Naib Presiden (Jualan) Thai Airways International Public Company Limited (THAI) Nond Kalinta berkata syarikat penerbangan itu telah menyemak semula kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi di China untuk menyesuaikan dengan pengurangan permintaan ke dan dari China antara 6 hingga 29 Februari.

Dua penerbangan sehari bagi laluan Bangkok-Beijing-Bangkok dan Bangkok-Guangzhou-Bangkok akan dikurangkan kepada satu penerbangan antara 8 hingga 29 Februari dan dua penerbangan sehari untuk laluan Bangkok-Shanghai-Bangkok juga akan dikurangkan kepada satu penerbangan antara 10 hingga 29 Februari.

Penerbangan bagi laluan Bangkok-Chengdu-Bangkok akan dikurangkan daripada tujuh seminggu kepada lima antara 6 hingga 27 Februari; laluan Bangkok-Kunming-Bangkok daripada tujuh penerbangan seminggu kepada tiga antara 6 hingga 29 Februari dan laluan Bangkok-Xiamen-Bangkok daripada empat seminggu kepada dua dari 6 hingga 27 Februari.

“THAI akan memantau dengan teliti keadaan dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan terhadap penularan novel koronavirus bagi meraih kepercayaan penumpang,” menurut Nond dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Beliau berkata penumpang boleh menyusun semula jadual perjalanan mereka di mana-mana pejabat jualan syarikat penerbangan itu.

Maklumat lanjut mengenai jadual atau pembatalan penerbangan boleh didapati di laman sesawang thaiairways.com, atau hubungi pusat talian 24 jam THAI di 0-2356-1111.

Thailand mengesan 19 kes disahkan koronavirus. Dua daripadanya adalah rakyat Thai.-Bernama

Artikel Berkaitan: