Rosmah berdepan waran tangkap

Rosmah - Foto Bernama
Rosmah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor berdepan waran tangkap ekoran ketidakhadiran di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bagi perbicaraan projek bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan penyelenggaraan serta operasi genset/diesel bagi sekolah luar bandar di Sarawak yang dihadapinya.

Walaupun peguamnya, Datuk Jagjit Singh menyertakan sijil cuti sakit namun Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah permohonan itu kerana ia dilihat sebagai cubaan untuk mengelak daripada menghadiri perbicaraan.

Sri Ram berkata, pihak pendakwaan menyatakan ia adalah satu ‘perbuatan jahat’ kerana pihak pembelaan sepatutnya menyertakan sijil cuti sakit tersebut lebih awal bagaimanapun Jagjit memberitahu, beliau hanya dimaklumkan mengenai keadaan Rosmah, malam semalam.

Menurut Jagjit, sijil cuti sakit itu menjelaskan ketidakhadiran anak guamnya sehingga 8 Februari ini.

Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan meminta supaya Rosmah hadir ke mahkamah pada Rabu ini.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta suapan berjumlah RM187.5 juta serta menerima RM1.5 juta bagi projek pembekalan tenaga solar di sekolah di pedalaman Sarawak.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh secara tidak jujur meminta suapan bagi dirinya sebanyak RM187.5 juta iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak projek solar itu daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Rosmah dituduh membuat kesalahan itu melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan dorongan bagi membantu Jepak Holdings mendapat tender secara terus daripada Kementerian Pendidikan bagi Projek Integrasi Sistem Solat Fotovoltaik Hibrid dan penyelenggaraan, serta operasi genset/diesel untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan kedua pula, Rosmah dituduh menerima RM1.5 juta untuk dirinya dari Saidi atas tujuan sama di ‪No. 11, Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬ pada 7 September 2017.

ARTIKEL BERKAITAN Rizal Mansor dilepas dan dibebaskan