Koronavirus: China catat 56 kes kematian terbaru

Sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah Hubei, China menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam. - Foto Reuters
Sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah Hubei, China menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam. - Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 350 kes dengan 56 kematian baharu direkodkan semalam.

Reuters melaporkan, sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam.

Kematian pertama akibat koronavirus di luar China dilaporkan semalam melibatkan seorang warga China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, yang meninggal dunia di Filipina, Sabtu lalu.

Naib Gabenor wilayah Hubei, Xiao Juhua berkata, wabak itu masih dalam keadaan buruk dan rumit.

Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada 12 negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain.

Artikel Berkaitan: