Masalah air bertakung di Stadium Sultan Muhammad IV bakal selesai

Zamakhshari (kanan) yang melihat kerja-kerja menambah baik sistem perparitan SSMIV dijalankan. Foto ihsan UPKN
Zamakhshari (kanan) yang melihat kerja-kerja menambah baik sistem perparitan SSMIV dijalankan. Foto ihsan UPKN
A
A
A

KOTA BHARU - Kerja-kerja menambah baik sistem perparitan di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) giat dijalankan melalui peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM500,000.

Exco Jawatankuasa Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, projek terbabit dijangka siap pada pertengahan Oktober nanti.

“Sekarang kemajuan kerja sudah mencapai tahap 60 peratus.

Kerja-kerja menambah baik sistem perparitan SSMIV dilaksanakan menggunakan jentera berat. Foto ihsan UPKN
Kerja-kerja menambah baik sistem perparitan SSMIV dilaksanakan menggunakan jentera berat. Foto ihsan UPKN

“Penambahbaikan sistem saliran dan perparitan ini sudah pastinya dapat mengatasi masalah air bertakung sekiranya hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan juga pihak Perbadanan Stadium mengucapkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas peruntukan terbabit.

“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 ini untuk kerja-kerja penambahbaikan stadium ini.

“Buat masa sekarang, SSMIV tidak boleh digunakan bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penambaikan sehingga selepas 15 Oktober ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!