Jumlah pelancong China masih berada di Sabah diketahui esok

Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images
Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung jumlah pelancong China yang masih berada di negeri itu esok, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, buat masa ini, beliau tidak mempunyai jumlah sebenar pelancong China yang masih berada di Sabah, namun maklumat berkaitannya akan diperoleh daripada Jabatan Imigresen Sabah, esok.

"Lembaga Pelancongan Sabah juga telah memberi notis untuk memanggil semua pelancong China yang masih berada di Sabah supaya segera menghubungi Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Wartawan Kota Kinabalu hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah kerjasama dengan China permudah proses hantar pulang rakyat

Kerajaan Sabah kekal pendirian halang kemasukan warga China

Christina berkata, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak China dalam mempermudahkan proses penghantaran pulang rakyat republik itu ke negara mereka dan pada masa sama meneruskan usaha membawa pulang rakyat Sabah yang kini berada di China.

Mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu lalu mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta demi menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk di negeri ini susulan wabak novel koronavirus 2019 di republik itu dan penularannya di banyak negara lain di dunia.

Semalam, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu diambil demi memastikan kesihatan rakyat Sabah terus diutamakan dan penerbangan dari China ke Sabah akan disambung semula selepas keadaan kembali normal. - Bernama

Artikel Berkaitan: